Pelancaran siri buku Berpetualang ke Aceh karya Radzi Sapiee akan diadakan di toko buku Khazanah Fathaniyah kepunyaan almarhum Ustaz Wan Saghir, di Chow Kit pada Sabtu 9 Jun 2007, jam 2.30 petang. Maklumat ini kami kutip dari blog beliau di http://merahsilu.blogspot.com yang banyak mempromosi dan mengisahkan jerit perih beliau menghasilkan siri buku Berpetualang Ke Aceh: Mencari Diri dan Erti (BKA1) serta Berpetualang Ke Acheh: Mencari Syiar Yang Asal (BKA2).
Terlebih dahulu kami secara peribadi mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kerana kegigihan beliau menjayakan penerbitan ini. Meskipun kami belum berkesempatan untuk memiliki buku-buku (novel) ini, tetapi kami yakin kandungannya amat menarik kerana kajian dan penulisan cerekanya dilakukan secara komprehensif dan menjangkau latar waktu yang sungguh lama, yaitu pada sekitar 1, 200 tahun lampau di Acheh.
Dalam satu makalah di Utusan Malaysia baru-baru ini, beliau menyatakan Berpetualang Ke Acheh adalah sebuah novel unik yang mengisahkan pengembaraan (selama dua tahun) mengenali asal usul diri, dengan menyusuri 1, 200 tahun kaitan bumi Serambi Mekah (Aceh) dengan Nusantara dunia Islam. Malah jika diteliti dan dibaca keseluruhan isi kandungan novel ini, ia juga memberitahu makna Melayu dan perjuangan akhir zaman.'
Sdr. Radzi Sapiee adalah penulis bebas dan bekas wartawan di NST, Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan matematik tulen dari University College of London, UK. Buku Berpetualang Ke Acheh: Mencari Syiar Yang Asal (ISBN: 983-42031-1-X, 2007, Penerbit Wasilah Merah Silu Enterprise) dijual dengan harga RM24.90. Untuk mendapatkan buku tersebut, silalah lawati blog beliau di atas. Sempena pelancaran buku ini, beliau juga menjemput semua pencinta buku hadir bersama memeriahkan suasana.
Posted at 5/29/2007 10:30:15 am by masali
malaysia seo April 15, 2009 02:30 AM PDT SYABAS ATAS KEAZAMAN YANG TINGGI
MerahSilu August 19, 2007 12:00 AM PDT Assalamualaikum semua… Semalam, setelah menunggu lebih 2 bulan, saya baru sahaja meletakkan video pelancaran siri buku “Berpetualang ke Aceh” yang diadakan di pustaka buku Khazanah Fathaniyah di Chow Kit 9 Jun 2007. Adapun Khazanah Fathaniyah adalah sebuah badan penyelidikan serta penerbitan buku-buku berkaitan agama tinggalan Almarhum Ustaz Wan Saghir yang selalu bercerita tentang ulamak Nusantara dahulukala dalam ruangan akhbar tempatan. Untuk makluman, pihak Khazanah baru sahaja meninggalkan kedai tersebut akibat kurang dana untuk terus membayar sewa bulanan yan agak mahal. Maka video ini boleh juga dianggap sebagai satu kenangan nostalgia terhadap kedai tersebut.
Untuk melihat video yang dipecah 3 ini sila klik link-link di bawah. Sekian! :]