|
Siri buku Harry Potter merupakan antara buku yang terlaris jualannya di dunia. Buku terakhir siri ini, Harry Potter and the Deathly Hallows bakal menemui peminat setianya mulai 21 Julai ini. Khabarnya, khalayak pembaca di Malaysia bakal diperuntukkan sebanyak 200 ribu naskhah. Buku tersebut akan dijual pada harga RM109.90 (edisi kanak-kanak dan dewasa). Mengikut laporan AFP, sebanyak 325 juta naskhah siri Harry Potter 1-6 sudah terjual di seluruh dunia dan ia diterjemahkan dalam 64 bahasa sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1997. Di samping itu sebuah taman tema yang dilhamkan daripada buku dan filem Harry Potter ini bakal dibangunkan di Florida, Amerika Syarikat dengan peruntukan sebanyak AS$1 bilion. Taman tema ini kenali sebagai The Wizarding World of Harry Potter. Bagi para pencinta buku, khususnya ahli-ahli bukuonline.org, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku ini (sama ada edisi kanak-kanak, edisi dewasa atau edisi khas) anda bolehlah berhubung dengan University Book Store (Malaysia) Sdn. Bhd. dan anda akan diberi potongan harga sebanyak 25%. Anda juga diberikan keahlian percuma untuk My Book Club yang bernilai RM20.00. Jadi jangan lepaskan peluang terbaik ini. Yang menariknya, edisi terakhir Harry Potter ini dicetak juga dalam edisi khas pada harga RM235.00. Edisi khas ini mengandungi ciri-ciri berikut:· Berjilid Clothbound , Embossed with Foil, Gold page edging, Ribbon marker, serta ditandatangani oleh pengarangnya sendiri JK Rowling di bahagian depannya. Edisi khas ini sangat terhad, sekiranya anda berminat mendapatkannya anda perlu membuat tempahan awal. Sila hubungi terus UBSM di e-mel ini dan nyatakan anda adalah ahli bukuonline.org. |
| hydrant system June 1, 2009 11:55 PM PDT tengok lana cerita menarik juga | ||
| travel malaysia April 1, 2009 01:32 AM PDT aku suka la | ||
| museum suplier April 1, 2009 01:14 AM PDT budak-budak suka la | ||
| malaysia seo March 31, 2009 03:47 AM PDT tak best buku ni | ||
| Leave a Comment: |